script charset='utf-8' src='http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.3.2/jquery.min.js' type='text/javascript'/>
 Assalammualaikum..
      Dah lama tak updated blog ni, kesian sayang aku ni. aku nak share pasal cerita novel yg sekarang main  dekat tv3 pukul 7 "SETIA HUJUNG NYAWA", cerita tu mmg best. lagi menyentuh hati kalau kita baca novel nya. sweet, loving,caring .semuanya ada, kalau lah hidup aku mcm tu. alangkah indahnya dunia hidup dgn org tercinta, tapi korang tahu tak kenapa hidup kita mesti ada sedih, gembira, marah semua tu? sebab Tuhan tak nak kita rasa bosan bila hidup dkt dunia yg kita tumpang ni . nampak kan bertapa sayangnya ALLAH S.W.T pada kita semuaa. tittle 'SETIA HUJUNG NYAWA' tu sebenanya aku nak bagi dekat si dia yg aku cinta. dia lah sentiasa ada waktu aku mara, sedih, gembira segalanya dia. tapi andai kami tkde jodoh aku redha dgn ketentuanNYA. walaupon dia ckp aku ni mcm tu mcm ni tpi dia taktahu yg aku cuma ada dia sorg. tu semua tak kisah, asalkan aku nak dia bahgiaa. cuma dgn blog jela aku dpt luahkan ape yang aku rasa. you're mine sayanggg.
 sekarang aku nak share pasal sinopsis 'SETIA HUJUNG NYAWA'
     Bermulanya cerita Ersalina seorang gadis berusia 17 tahun menunggu keputusan SPM dilamar oleh Datin Adibah untuk menjadi menantu bidang terjun dan isteri kepada anaknya Zain Hakimi menggantikan tempat sofea yang hilang entak ke mana.
      Kelembutan dan keayuan Ersalina menambat hati Datin Adibah. Haliza(ibu ersalina) menerima pinangan Datin Adibah bagi menutup satu rahsia yang akan memalukan keluarga. Tanpa memikirkan akibatnya, mereka dikahwinkan dengan perkenalan kurang dari seminggu. Bermula episod kehidupan baru Ersalina dan Zain sebagai pasangan suami isteri. Mereka memilih untuk menjadi rakan serumah dan belajar untuk menyemai rasa cinta antara satu sama lain.
     Sedang perasaan cinta sedang membara dan berjanji untuk menjalinkan hubungan sebagai suami isteri, Zain terkejut bila Ersalina keguguran, isteri yan g belum sempat disentuh. Disinilah pergolahan rumahtangga mereka bermula. Zain merasa dirinya tertipu dan memujuk hati dan untuk menerima Ersalina dalam hidupnya demi menjaga hati keluarga di kedua belah pihak.
     Kemarahan dan amukan Zain menjadi rencah dalam kehidupan Ersalina. Bibirnya tetap terukir senyuman walaupun hatinya luka dilapah. Perasaan cinta Zain yang terlalu dalam pada Ersalina, Zain menerima Ersalina sebagai isteri sepenuhnya.
     Dugaan terus membadai, Zain terlibat dalam kemalangan dan rahsia yang tersimpan rapi terbongkar dan didengari oleh Datin Adibah. Sekali lagi cinta mereka diuji apabila Zain disahkan koma. Datin Adibah membencin Ersalina dan keluarganya dan menggap keluarga Ersalina menipu dan menggambil kesempatan di atas kelurganya. Ersalina berjanji dan bertekad untuk setia hujung nyawa walau apa terjadi sekali pon.
    Sedar dari koma Datin Adibah memaksa Zain untuk menceraikan Ersalina dan berjanji mencari isteri yang jauh lebih baik Ersalina. Sibuk mencari menantu yang terbaik Datin Adibah dikejutkan dengan satu berita yang tidak disangkakan. 8 tahun yang lalu Zain juga pernah merosakkan anak gadis orang dan tidak mahu bertanggungjawab. Ia memberi alasan mereka terlalu muda waktu itu. kesudahan cerita ini happy ending :)
Hak Milik kite-kite Ajee

Tiada ulasan:

Catat Ulasan